Antara Penyakit Yang Sering Dikaitkan Dengan Golongan Obesity (Gemok) Adalah Seperti Berikut :
1. Osteoarthritis (Sakit Sendi)
Rawatan perubatan:Rawatan yang biasa diberikan untuk mengurangkan kesakitan termasuklah non- streoidanti- inflammatory drug (NSAID). Pesakit juga boleh diberikan rawatan glucosamine sulphate bagi mengurangkan kesakitan dan dipercayai boleh memperbaiki sendi-sendi yang terlibat. Malah, bagi pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan , mereka boleh diberikan corticosterioid yang bertujuan mengurang proses keradangan dalam sendi.
Selain ubat penahan sakit yang dimakan, ada juga ubat sapu yang diperbuat daripada gel atau krim yang boleh digunakan untuk kelegaan tambahan. Ubat-ubatan ini selalunya tidak lagi berkesan untuk peringkat osteoartritis yang teruk. Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia.
Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.
Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.
Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis
Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.
Ubat jenis suntikan intra-artikular seperti asid hylarunik juga boleh digunakan untuk menambah cecair pada sendi yang bermasalah. Suntikan ke dalam sendi ini boleh memberikan kesan yang cepat dengan mengurangkan sakit dan mengurangkan bunyi geseran (crepitus) akibat dari osteoarthritis.
Pesakit perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga suntikan setiap minggu untuk satu rawatan penuh bagi satu-satu sendi. Walaubagaimanapun, kini terdapat produk asid hylarunik yang hanya perlu disuntik sekali sahaja bagi memberikan kesan hampir sama.
Rawatan fisioterapi yang boleh diberikan:
1. Untuk mengawal kesakitan
- Terapi senaman (Bennell et al, 2005)
- TENS (Low&Reed, 2003)
- Gunakan ais selama 15 minit
- Lakukan senaman aktif dan pasif ( bengkok dan luruskan kaki )
- senaman regangan ( stretching exercise ) Contoh: stretching for hamstring
5. Untuk mengekalkan kekuatan
- Isometric exercise : static quadriceps, static glutues, inner range quads, straight leg raise.(penerangan lanjut mengenai exercise ini, link ke http://rinialik.blogspot.com/2010/05/oa-apa-tu.html)
- Isotonic exercise : knee bend, knee bend with sandbag. (tahan 5 saat, rehat dan ulang 5 kali. kemudian, progres.)
- Aerobic exercise : brisk walking, swimming, etc.(20 minit/hari, 3kali/minggu)
~~~ akan di update dari masa ke semasa ~~~~ ni agak busy sikit... :)
